"Cahaya Hati"

Tuesday 28 February 2012

✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿



.:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::


(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN


:: sebab......?? ::

(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::

(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::

(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN

JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

InsyaALLAH ^_^

hikmah d sebalik ketentuan-Nya

Aku kini sedar ALLAh lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku. Jika cita-cita dan hajatku tidak tercapai, aku tidak lagi mudah kecewa dan dukacita dalam jiwaku..Maksud ALLAh itu murni..Aku percaya Dia akan menggantikan hajat aku dengan sesuatu yang lebih baik dari itu atau setidaknya mengelakkan aku dari mengalami bencana yang lebih besar akibat terlaksananya hajat asal aku itu. Dia mencipta aku, maka aku dijaga-Nya..

Thursday 23 February 2012

biarkan rasa itu pergi

"Ya Allah, andainya telah tercatat dia bukan untukku. jauhilah perasaanku dari merindukannya,tutupkan perasaan aku terhadap dia..alihkanlah ingatanku daripada memikirkannya..lalu kau titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap seseorang yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."
 Jika manusia mencewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu . .
 Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .
 Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

 Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu . .
 semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*♫•*¨*•
tatkala melihat orang lain bahagia, tentu setiap manusia mengimpikan yang sama, namun jangan di cemburukan kebahagiaan yang menjadi milik mereka, kerana setiap manusia Allah telah sediakan bahagiannya, bersyukurlah dengan apa yang kita punya, nescaya Allah akan menambah nikmatnya, kerana bahagia tu bukanlah apabila kita mendapatkan apa yang kita idamkan tetapi bahagia itu terasa bila Allah menghadirkan rasa bahagia itu walaupun pada jalan yang berbeza. kerana, RASA BAHAGIA ITU KURNIAANNYA. 
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.
¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*♫•*¨*•

~pertolongan ALLAH utk orang2 yg bertaqwa~

Sesungguhnya seandainya anda bersungguh-sunguh mahu menjadikan anda termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa, InsyaAllah, Allah akan menyampaikan hasrat anda itu. Dengarlah firmanNya yang bermaksud: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguh Kami akan memimpin mereka mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhoan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al- Ankabut: 69)

"apa hak kita utk menilai org?"



Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya...
Belum tentu esok hari dia masih begitu..
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita...

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu tidak berkopiah berjubah dan tidak menjaga mata...

Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..
Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..dan jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..

Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...iman manusia ada turun naiknya...
Siapalah kita nak nilai orang lain....Kalau rasa diri belum baik,teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,berdoalah moga kekal istiqamah...tiada orang baik yang tiada masa lampau....tiada orang jahat yang tiada masa hadapan....

Wednesday 22 February 2012

"ujian itu tanda Allah sayang"


Pernah terfikir tidak, kenapa diri sendiri ditimpa musibah secara tiba-tiba, padahal beberapa minit atau beberapa jam sebelumnya hati lapang dan gembira serta tersenyum tawa dengan hati yang riang? Mengapa ALLAH Ta’ala turunkan suatu masalah yang sangat menghimpit jiwa secara tiba-tiba tanpa sebarang alamat?
Maka, itulah sebenarnya maksud dan perancangan ALLAH Ta’ala pada setiap waktu dan ketika menanti-nanti manusia yakni hamba-Nya meluangkan masa untuk bersama-Nya. Setiap kali ALLAH Ta’ala menyeru dan memanggil manusia melalui kesusahan-kesusahan hidup itu, ALLAh mahu manusia menyahut panggilan-Nya dengan berusaha merapat pada-Nya melalui solat, doa dan munajat.
Ujian kesusahan, kedukaan dalam kehidupan itu bukanlah tanda ALLAH Ta’ala itu zalim. Tetapi kerana zalimnya manusia terhadap diri sendirilah yang menyebabkan ALLAH Ta’ala dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih menyedarkan manusia dari lamunan duniawi..Itu adalah tanda kasih dan sayang-Nya!