"Cahaya Hati"

Saturday 31 December 2011

"azaM taHun baRu"

masa seakan cepat berputar..sekarang dah 1 januari 2012,12.18 a.m..tahun 2011 sudah pun menutup tirai..sekarang ni kita dah pun melangkah ke tahun baru.semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan saya harap azam yang tak terlaksana tahun lepas akan tercapai pada tahun ni.InsyaAllah...erm,,,harapan dan azam saya tuk tahun baru ni saya nak hidup dengan aman damai, minda yang positif, tak mahu hasad dengki dan iri hati wujud lagi dalam diri. Semoga saya jadi semakin kuat, hadapi segala masalah dengan senyuman =) Teringin sangat nak berbaik-baik dengan semua orang. Tak mahu jadi penakut. Akan cuba buang perasaan yang kuat merungut dan berkeluh kesah bila masalah datang. Nak jadi anak yang baik, yang selalu senangkan hati keluarga =) Nak jadi kawan yang baik, yang mana mampu bersama susah dan senang. Kita semua tak sempurna, jadi tak patut kalau kita nak nilai orang sebelum kita nilai diri kita sendiri betul tak? Saya pernah dan selalu buat silap, jadi saya akan cuba buang segala yang negatif tentang diri saya ni walaupun mungkin mengambil masa, tapi pelan-pelan kayuh boleh sampai juga kan? =) Dan hopefully tahun baru  kali ni hidup lebih diberkati. Selamat tahun baru tuk kawan-kawan. Semoga kita sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sentiasalah bersyukur di saat kita senang. Beristighfarlah di saat kita rasa kita banyak berdosa. Moga-moga Allah sentiasa di sisi kita hendaknya. Amin.

"DOa taHun Baru 2012"


Doa awal tahun
Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat keatas penghulu kami Muhammmad S.A.W., ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Tuesday 27 December 2011

"ma dan ayah"


bila hati ma terguris disebabkan saya , ma kata ..." Tak apa , dia masih muda "
bila hati ayah terhiris , ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya "
bila saya merintih tanda derita , ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena ::
 bila saya sedih kerana gagal , ma setia membekalkan cekal
bila saya pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia tetap bangga ~
 hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia
 ~anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung
doanya , maka banyakkanlah berdoa ~
Ku sebut namamu di setiap doaku...bangkitkan setiap kenangan tentangmu...Semoga dirimu tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan org2 y beriman -Ayah-

Monday 26 December 2011

"saat Hati terusik"


Mungkin bila hati kita terluka,kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang.Kita lebih menghargai ungkapan insan lain,pemberian insan lain,luahan insan lain...

Mungkin bila hati kita terluka,kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...
Mungkin bila hati kita dilukai,kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita,tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain,kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...

"Kebahagiaan itu umpama kupu2.Jika dikejar,ia akan pergi.Jika dibiarkan,ia akan singgah di bahumu."

Terima kasih hati,kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini.Diri ini tak tahu nak cakap apa,cuma tersenyum.Tak perlu kata apa-apa... 
Mungkin bila hati menangis,baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...


Take time to smile because it is a music of heart...
Selamat Malam Dunia...Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Hari Esok...
'Dunia yang indah tak dapat dilihat,kecuali oleh orang yang selalu optimis dalam hidup dan individu bijak tidak akan membiarkan cinta menjadi racun hidupnya.' 

tanpa kekecewaan hidup ni tiada indahnya ... tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya ...yang paling penting jagalah iman ..jaga diri dan hiasa peribadi ..
Carilah Penawar Di Setiap Kedukaan

andainya hari ini hati kesakitan ..cubalah tengok hari esok dan carilah ubat untuk setiap kelukaan itu ... kalau hendak berada di alam kemanisan ..bangunlah dan jauhi kelukaan itu ..bangun dengan penuh semangat dan berazam ...
Yang lepas biarkan ia berlalu...Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?


2:15 am,bahtera arked

(^_^)


If you meet others that look like me,
Will you be reminded of me?
If you listen to song we listened to
Will you be reminded of me?
When you encounter people with the same name of me
Will you be reminded of me?
Anytime,anywhere I have though of you
Even if do not have with you name the same people
I will also remember you
Every breath that moment
Me have to think of you

Saturday 24 December 2011

"SatU riNdu"

hujan... teringatkan aku,tentang satu rindu di masa yang lalu..
saat mimpi masih indah bersamamu...terbayang satu wajah
penuh cinta, penuh kasih,terbayang satu wajah penuh dengan kehangatan...
Allah... izinkanlah aku bahagiakan dia

jadikanlah aku bererti untuk dirinya oh ibu,.....

Thursday 22 December 2011

"renungan di pg jumaat" 23 dis 2011

 ‎cantik solekan tapi sayang 
jika tak dapat dibasahi wuduk..
tegap tubuh badan tapi sayang
jika tak pernah tunduk bersujud
manis ulas bibir tapi sayang
jika tak selalu melafaz zikir
mewah kereta tapi sayang
jika tak pernah bersinggah di masjid


kesimpulannya...jangan menilai pada rupa...cantik atau kacak tak menggambarkn apa2.."
xpe x cantik,xpe tak kacak,yg penting cantik pada budi,cantik pada hati..
bersyukur dgn apa yg ada..

kadang2 kerana emosi..ada hati yg kecewa..kerana ego yg tinggi ada hati yg merasa derita..wahai diri,jgn engkau berlaku kejam kpada orng lain,kerana hidup kita berputar bagai roda,dan kemungkinan yg tinggi untuk kita merasa kembali apa yg mereka rasa_^^.pesanan untuk diri saya sendiri juga.:-)

"sekitar seminar kebangsaan fakulti bahasa dan komunikasi"


Hari ini, saya sangat terpegun dengan dendangan syair yang diperdengarkan oleh Sasterawan Negara Prof.Dr Lim Swee Tin yang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar kebangsaan yang telah saya hadiri pada hari ini.ermm, amat tertarik dengan kepetahan beliau menuturkan bahasa Melayu dengan begitu lancar dan baik sekali.kadang kadang timbul juga rasa malu dengan beliau yang dapat bertutur dalam bahasa Melayu tinggi dengan lebih baik daripada orang Melayu sendiri.kesungguhan beliau mengkaji sastera Melayu menyebabkan saya kagum dengan beliau. alhamdulillah,seminar kali ini banyak memberi pendedahan ilmu buat saya walaupun pada awal awal sesi tu agak sedikit mengantuk,huhuhu.





Wednesday 21 December 2011

21/12/2011....131A,11:58 mlm

Nikmat nya Mencintai Allah,,tak ada kerinduan yg tak terbalaskan,,DIA senantiasa membalas kerinduan hamba2 Nya dengan penuh cinta,,ketika kita berusaha mendekat,,DIA menyambut dengan Rahmat Nya,,ketika kita berbuat salah,,Allah tak lantas marah,,tapi DIA menegur dengan Cinta Nya,,agar kita kembali,,Dan Allah tak Pernah meninggalkan hamba2 Nya dalam kesendirian,,dan sesungguhnya Allah tak akan pernah ingkar janji,,Allah tak memandang kekurangan hamba2 yg di cintai Nya,,sungguh Cinta Nya Maha Sempurna...Ya Allah..ampuni aku kerna dulu aku sering lalai dalam mengingatimu. 

"hari ini dalam sejarah"

21.12.2011


hari ni rasa tergerak hati nk menulis cerita kt blog ni.huhu..kisah satu mlm y terpaksa berkampung kt kmpus tuk add subjek.tp apa yg xboleh lupa.. boleh pulak bila dah sampai kt sana,nk bkak lap top,tup tup xbleh nk ON..alamak,abes la saya..npe la my lappy xboleh nk on tiba2 ni..?ala..rupe2 batri lupe nk pasang blek.tertinggal kt ats meja kt umh mse nk dtg td...da la chargernyer xbwk..hrpkn btri semata2..dgn muke sedeyh n frust ni dduk la diam2 kt sblh cik aliya je tanpa bt apa2.check tgk lappy kwn2 pn sume  xsme jenis.huk3..sbar je la..kwn2 sume da ready tngu course registration bkak.huhuhu.aduhai apa nk buat ni.2 la fatihah,pelupa sgt..adushh..huhu td mse kt umh dah cas bkn maen lme lg.huhuhu..tp...last2 minute nseb baek la ada hamba Allah y baek hati bagi pinjamkan charger dia.by the way, thanks a lot to him..bersyukur sgt..em,gara2 smngt tuk add subjek y sgt tnggi pd diri sy n kwn2, hampir pkul 3 pagi kami terpaksa berdating ngn "my Sis" kt kmpus mlm tadi.sampai sakit blkng berjam2 duk bersila kt lantai gara2 nk cari line...huhuhu.tp, apa2 pn alhamdulillah,semua dah settle walaupun sampai kt umh lwt pagi.lastly,the message i got is,sabar itu indah..:) jadi,sabarlah dlm apa jua perkara y berlaku,pasti ada hikmah di sebaliknya.:(^_^)Orang cakap, penantian itu satu penyeksaan, tapi bagi saya, andai kita menanti dengan perasaan sabar. Dan sentiasa redha dengan takdir Allah. Yang pahit jadi manis, yang susah jadi senang..

Thursday 15 December 2011

"coretan buat insan y paling aku cintai"


Ibu,tulusnya kasih yang kau berikan umpama laut yang tak ada penghujungnya. Walaupun keperitan yang kau rasakan ketika membesarkanku namun kau tidak pernah mengeluh dan berasa jemu.restu mu mengiringi kami anak-anakmu dari kecil hingga dewasa. Hidupmu telah kau pertaruhkan walaupun dirimu akan terkorban. Tidak ku mampu untuk membalas semua ini wahai ibu. Hanya satu yang mampu anakmu ini lakukan iaitu dengan doaku panjatkan semoga Allah memberkati kehidupan mu wahai ibu. Ibu, anakmu ini memohon seribu kemaafan andai selalu mengguris hatimu. Jujur aku mohon restu mu ibu sepanjang perjalanan hidupku kerana di situ letak syurga ku. terima kasih ibu kerana sentiasa sabar melayani kenakalan anakmu ini. Wahai ibu, kau adalah pelita hidupku yang menerangi ketika aku dalam kegelapan. Kasih sayangmu sungguh bernilai. Ya Allah, kasihilah ibu yang telah melahirkan diriku sepertimana dia mengasihiku semasa kecilku sehingga aku dewasa. Berikan ibu kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Restuilah perjalanan anakmu ini dan doakanlah kami mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih ibu atas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang telah engkau berikan. anakmu ini memohon agar diberikan peluang untuk membalas jasamu walaupun ku tahu ia tak terbayar dengan setulus pengorbananmu.. moga ibu dipanjangkan umur dan diberkati Allah selalu.terima kasih atas semuanya IBU...anak ibu ini tersangattttttttttttt menyayangimu.

"qaseh untuk ayah"

Ayah..
tiada kata indah untukmu
melainkan lafas aku sayang kamu

Ayah..
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di sanubariku

pemergianmu telah banyak mendewasakanku
pemergianmu mengajar aku erti ketabahan
pemergianmu mengajarku meredhai sebuah kehilangan
doa putri ayah ini takkan pernah putus buatmu
moga Ayah tenang di sana
dan ditempatkan dalam kalangan orang-oramg beriman
alfatihah..


luahan hati: putri ayah yang tabah

Tuesday 13 December 2011

"buat renunganku dan teman teman"

Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak..

Sunday 11 December 2011

Kita berhak berdoa untuk sesuatu itu menjadi milik kita suatu hari nanti di samping usaha, istiqomah dan tawaqal alallah.
Tetapi layakkah aku berdoa untuk mendapat sesuatu yang terbaik padahal aku sambil lewa dan tidak memberikan yang terbaik?
Ya Allah..aku berusaha memperbaikinya dan memuhasabah diri kerana ku yakin.k
alau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita :: ^_^ amin....

Monday 5 December 2011

"bila dia bukan untukku"

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

"sebenarnya Allah ambil dia untuk uji kita"

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.