"Cahaya Hati"

Thursday 15 December 2011

"coretan buat insan y paling aku cintai"


Ibu,tulusnya kasih yang kau berikan umpama laut yang tak ada penghujungnya. Walaupun keperitan yang kau rasakan ketika membesarkanku namun kau tidak pernah mengeluh dan berasa jemu.restu mu mengiringi kami anak-anakmu dari kecil hingga dewasa. Hidupmu telah kau pertaruhkan walaupun dirimu akan terkorban. Tidak ku mampu untuk membalas semua ini wahai ibu. Hanya satu yang mampu anakmu ini lakukan iaitu dengan doaku panjatkan semoga Allah memberkati kehidupan mu wahai ibu. Ibu, anakmu ini memohon seribu kemaafan andai selalu mengguris hatimu. Jujur aku mohon restu mu ibu sepanjang perjalanan hidupku kerana di situ letak syurga ku. terima kasih ibu kerana sentiasa sabar melayani kenakalan anakmu ini. Wahai ibu, kau adalah pelita hidupku yang menerangi ketika aku dalam kegelapan. Kasih sayangmu sungguh bernilai. Ya Allah, kasihilah ibu yang telah melahirkan diriku sepertimana dia mengasihiku semasa kecilku sehingga aku dewasa. Berikan ibu kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Restuilah perjalanan anakmu ini dan doakanlah kami mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih ibu atas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang telah engkau berikan. anakmu ini memohon agar diberikan peluang untuk membalas jasamu walaupun ku tahu ia tak terbayar dengan setulus pengorbananmu.. moga ibu dipanjangkan umur dan diberkati Allah selalu.terima kasih atas semuanya IBU...anak ibu ini tersangattttttttttttt menyayangimu.

No comments:

Post a Comment