"Cahaya Hati"

Sunday 30 September 2012

"Di mana DIA di hatiku?"



Terasa ingin menggapai sesuatu tetapi terasa tangan tak sampai. Hati tak kuat. Ia terlu jauh dilitupi kabus. Puas saya memikirkannya. Menangis dan berfikir apa sebenarnya yang berlaku. Terasa hidup kehilangan sesuatu. Namun, pencarian itu akhirnya berakhir apabila diberi kesedaran bahawa saya yang hina ini sebenarnya kehilangan-NYA di dalam hati. Hati terdetak hebat saat membaca hasil karya Ustaz Pahrol ini. Saat DIA hilang dari hatimu, sedarlah dunia ini sudah tiada harapan untuk hatimu..terus dan teruslah mujahadah mencari keampunannya..

Saturday 29 September 2012

"Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah"

ketika kamu mencintai orang yang mampu mengubah kamu ke arah KEBAIKAN, cintailah dia...ketika dia menolak cintamu, maka LEPASKANLAH dia...akan tetapi kekalkanlah KEBAIKANNYA, agar ALLAH mempertemukan kamu dengan insan yang lebih BAIK,,

Friday 21 September 2012



" Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh..

kita lemparkan ke ujung dunia, kita hapuskan dari minda dan ingatan..

Bukan kerana kita membenci..


Tetapi kerana menyadari, mengingatnya, hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan..

Menyimpannya, hanya membuat kita terpaku pada sebuah angan-angan..


Bukan membenci, bukan berputus asa..

Cuma sedar, ada setengah perkara, yang memang bukan hak
kita..
Dan kita harus mengikhlaskannya..

Monday 17 September 2012

"kisah wang kertas RM1 dan RM100"



Wang kertas RM1 dan RM100 kini diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar dalam kalangan masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

renung-renungkan..


"Peringatan diri.."


Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Belajar merupakan satu jihad di jalan Allah. Mengajar merupakan suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah! ..Jadi belajar dan mengajarlah dengan penuh keikhlasan padaNYA..

Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah..


Lihat diri kita..kemudian lihatlah dirinya,adakah kita masih tidak sempurna??..adakah kita lebih susah darinya??..berterima kasihlah pada Allah,jika disuruh kita menghitung setiap nikmat Allah..pastinya tidak dapat kita menghitungnya..SYUKRAN YA ALLAH..:-)
Sabda Rasullullah s.a.w:
" Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah.." (Bukhari Muslim)..