"Cahaya Hati"

Monday 22 October 2012


Untuknya Yang Ku Kasihi,Ayah..Biarpun waktu Memisahkan kita,namun aku cukup bahagia Melihat dan mengantar Kepembaringan terakhirmu..Ayah,, Kini anakmu tlah dewasa sudah mampu berdiri diatas kakinya Sendiri..Semoga ALLAH menempatkan Ayah ditempat yang mulia,semulianya tempat disisi-Nya..Amin..

"Ayah anugerah terindah"


Saat hati dan jiwa dipagut kesedihan
Kelopak tidak mampu lagi membendung air mata
perasaan sayu dan pilu saling mencengkam jiwa
Sedar tidak sedar, hari ini genap setahun ayah pergi menemui-Nya
22 0ktober 2011 akan sentiasa tersemat di jiwa
Saat di mana ayah pergi meninggalkan kami semua
Lalu kau titipkan kami pada ibu
Tempat kami mencurah segala rindu
Kini hanya doa yg mampu sampai ke tempat terindahmu
Semoga Allah membahagiakan ayah di sana
Tidak ku duga sepantas itu Ayah dijemput-Nya
Saat itu hati kecilku mempersoal, mengapa secepat itu masanya tiba
Namun hatiku lantas beristighfar
Usah dipersoal percaturan Tuhan, kerana Dia lah yang maha merancang
inilah takdir Yang Maha Esa
Ku sedar bahawa Allah pernah meminjamkan ayah buatku seketika
Dan kini Dia telah mengambilnya semula
Ikhlaskanlah wahai hati untuk melepaskannya
walau kadangkala ku menangis melihat keluarga lain berkumpul bersama
Mengadu pada ayah tercinta berbagi suka dan duka
Ayah...rinduku padamu tak mampu terluah oleh kata-kata
Betapa anakmu ini menahan rasa
Ayah..kau insan terindah  yang Allah pinjamkan buatku
Aku begitu bangga menjadi anakmu
Segunung permata pun tidak setanding pengorbananmu
Betapa jasa ayah tak terbalas olehku
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu
Moga Allah sentiasa melindungimu
Seperti mana kau melindungi kami semua ketika hayatmu
Moga Allah menempatkan ayah disisi orang-orang yang diredhai-Nya
Doaku tidak pernah putus buatmu
Moga kita dipertemukan di syurga nanti..InsyaAllah

bahtera arked: 8:10 pm





Friday 19 October 2012

Doaku


 lebih kurang seminggu lg kita bakal menyambut aidil adha..lantas teringat kisah Si ayah yang melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah. Si ibu tegar menyeka air mata semata-mata rindu kepada cinta Allah. Dan si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha Allah.nilah bukti keimanan Ibrahim AS dan ketaqwaan Ismail AS. Tidaklah dia memilih apa yang dia kehendaki. Tetapi dia memilih apa yang Allah SWT kehendaki. Tidak dia taati hawa nafsunya. Tetapi yang dia taati adalah perintah Allah SWT.

Semuanya dilakukan kerana keimanan, ketaqwaan dan keredhaan Allah..Ya Allah alangkah sucinya pengorbanan itu..jika Ayah masih ada, pasti aidil adha ini lebih bermakna,terimbau kembali saat ayah masih disisi.Ya Allah, alangkah indahnya waktu itu. ingin ku putar waktu agar aku dapat kembali seperti dulu saat ayah masih di situ. Ayah, engkaulah insan terindah yang Allah kirimkan buatku..Betapa bertuahnya aku saat memiliki ayah sepertimu. pengorbananmu terlalu besar buatku. Insan yang banyak memerah keringat, menabur budi serta pengorbanan saatku kecil hingga menginjak dewasa. Sungguh...jasamu takkan mampu terbalas olehku. Kini kau titipkan aku kepada ibu yang menjadi tempatku mencurah kasih..ibu, kini..dialah ibu dan ayahku...Ibu, ku tahu semangatmu hilang saat pemergian ayah..tanggungjawab yang dahulunya digalas ayah kini berpindah ke bahumu, ku lihat betapa pilunya hatimu saat pemergian suami tercinta. mulai detik itu, ku kuatkan azam, akn menjadi tabah dan kuat untukmu ibu..aku ku bahagiakanmu.. Ya Allah Engkau panjangkanlah usia Ibuku, kerana akan hilanglah satu keberkatan dan satu doa yang mustajab bila matinya kedua ibu bapa. maka Engkau panjangkanlah usia Ibuku supaya masih ada lagi doa-doa yang mustajab untuk kami. Ya Allah, ku mohon padamu, kau tempatkanlah arwah ayah di tempat org2 yang diredhai oleh-Mu.Tunggu aku ayah..bila sampai waktunya, aku pasti akan menyusulmu..

nukilan~puterimu yg terlalu rindu,

             bahtera arked,4:57a.m

Thursday 18 October 2012




Masih segar goresan luka kepergianmu
Masih membayang kenangan indah masa lalumu
Kini semua benar2 telah berlalu
Sedih ini bercampur pilu
Tangis ini bercampur rindu
Sesungguhnya aku …….
masih butuh kasih sayangmu
masih ingin dipelukanmu
namun,,,apalah dayaku
kini ku hanya bisa memandang nisanmu
mengenang jasa dan kebaikanmu
menuruti semua nasihatmu
ayah
Doa ku ini mengiringi perjalananmu
Semoga Tuhan mengampuni dosa2mu
Semoga Tuhan menerima amal ibadahmu
Dan semoga tempat yang layak ditujukan untumu
Aku,,, slalu menyayangimu

 

Tuesday 9 October 2012

"sekitar seminar dakwah nasional 9 oktober 2012"

Dalam meniti isu murtad, ada beberapa perkara yang harus dilihat oleh umat Islam. Pertama, masih ada orang Islam sendiri yang ‘bergolak akidah’ mahu mencari Tuhan sedangkan kebenaran mengenai -"Allah itu satu" - telah terang lagi nyata. Kedua, seseorang Muslim tidak membantu saudaranya yang ‘bergolak akidah’ itu dalam usaha mencari Allah. Ketiga, seseorang Muslim itu malas berdakwah kepada saudaranya yang sudah sedia Muslim untuk memantapkan akidahnya. Itu adalah beberapa perkara yang biasa didengar.
Perkara utama ialah usaha kita harus fokus kepada mereka yang sedang mencari Tuhan, tidak kira sama ada orang Islam sendiri yang mahu mencari Tuhan atau orang bukan Islam yang mahu mencari Tuhan bagi menemui kebenaran mutlak. Pokoknya ialah ada orang yang mencari Tuhan dan bantulah orang-orang itu mencari Tuhan. Jika tidak dibantu, maka akan ada orang lain yang akan membantu memperkenalkan tuhan versi mereka kepada orang-orang itu. Orang-orang itu mahu mencari Tuhan yang sebenar kerana hati mereka berbisik kepada diri mereka untuk hidup dalam kebenaran. Berilah kelegaan spiritual kepada mereka. Jangan disia-siakan niat hati mereka untuk mencari kebenaran, sebaik-baiknya ialah membantu mereka berjalan ke arah kebenaran yang sebenar-benarnya. Bantulah mereka melihat kebenaran dengan membantu mereka berfikir mengenai keterangan-keterangan dalam al-Quran. Masih terngiang ngiang lagi di benak saya kata-kata yang dipetik oleh salah seorang pembentang kerja seminar dakwah islamiah yg sy hadiri di PWTC pd hari ini, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan".

Wednesday 3 October 2012

"my precious friend,you are MY ShAdow"





Dia sahabat saya...seorang yg baik, peramah dan penyabar orangnya. Juga merangkap roomate, coursemate dan countrymate saya. Nor Aliya Abdull Razak..indah sungguh namanya seindah dan secantik orgnya juga...Sahabat pertama yang saya kenal saat kaki melangkah ke menara gading pada tanggal 4 Julai 2010. Masih terngiang lagi pesanan ibunya tika berangkat pulang setelah sesi pendaftaran,"kamu berdua kawan elok2 ye". Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ketiga kami di sini, dan syukur...kami tetap dua sahabat yang akrab, di mana-mana pasti bersama,susah senang awak pasti ada..dia adalah sahabat terbaik yang Allah kirimkan buat saya. Terima kasih kerana kamu selalu ada saat suka mahupun duka. moga persahabatan kita akan sentiasa kekal erat selamanya. Hidup manusia memerlukan sahabat. Pada saya, saya amat memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.Senyumannya, tawanya, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-katanya yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya. Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca. Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT. Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah. Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat. ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”

 CariLah SAHABAT yang dapat menunjukkanmu jalan menuju SYURGA....

★ jadiLah SAHABAT yang hadirnya dinantikan dan kepergiannya menimbulkan kerinduan

☆ SAHABAT yang berIMAN ibarat MENTARI yang menyinari..

☆ SAHABAT yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan..


  ☆ SAHABAT SEJATI pendOrong Impian....

☆ dan SAHABAT yg berhati MULIA membawa kita kejaLan ALLAH....


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.


Kadangkala pernah juga kita berselisih faham, kadangkala ada juga diam seribu bahasa, senyap tanpa kata.. bila timbul situasi begitu, mula lah perasaan tidak enak bertandang di hati saya..salah apekah yg saya buat kali ini,huhu..tapi ble awk bgthu yg sy bukan puncanya, baru la terasa lapang dada. maklum saja kita hanya insan biasa, pasti saja ada sekali sekala terlanjur kata yang mengguris perasaan sahabat saya,, by the way,,maafkan saya sahabat, jika hadirku pernah mengguris hatimu.huhuhu.. Namun, saya percaya kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerana jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan..
Saya, tidak dapat mengukur keimanan orang lain. Tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat saya. Saya dapat merasakan, ada beberapa orang dalam hidup ini, mereka adalah sahabat terindah saya. Salah seorangnya adalah awak. Berkawan dgn kamu tlh byk mengajar sy cara untuk menghargai org2 disisi. Bak kata awak yg terlalu membekas di hati saya "bendo hok kito arap"..huhu.dari situ baru la sy tahu kwn saya ni berjiwa halus orgnya...sangat mudah tersentuh hatinya. dari situ saya mula belajar untuk tidak mudah memperlekehkan walaupun sekecil mn hal itu..^^..terima kasih sahabat...




Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.
Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.
Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku
sudi menjadi pendengar di sisiku

Terima kasih, sahabat.
Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak..(^__^)




" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."












Sunday 30 September 2012

"Di mana DIA di hatiku?"



Terasa ingin menggapai sesuatu tetapi terasa tangan tak sampai. Hati tak kuat. Ia terlu jauh dilitupi kabus. Puas saya memikirkannya. Menangis dan berfikir apa sebenarnya yang berlaku. Terasa hidup kehilangan sesuatu. Namun, pencarian itu akhirnya berakhir apabila diberi kesedaran bahawa saya yang hina ini sebenarnya kehilangan-NYA di dalam hati. Hati terdetak hebat saat membaca hasil karya Ustaz Pahrol ini. Saat DIA hilang dari hatimu, sedarlah dunia ini sudah tiada harapan untuk hatimu..terus dan teruslah mujahadah mencari keampunannya..

Saturday 29 September 2012

"Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah"

ketika kamu mencintai orang yang mampu mengubah kamu ke arah KEBAIKAN, cintailah dia...ketika dia menolak cintamu, maka LEPASKANLAH dia...akan tetapi kekalkanlah KEBAIKANNYA, agar ALLAH mempertemukan kamu dengan insan yang lebih BAIK,,

Friday 21 September 2012



" Ada perkara yang ingin kita buang jauh-jauh..

kita lemparkan ke ujung dunia, kita hapuskan dari minda dan ingatan..

Bukan kerana kita membenci..


Tetapi kerana menyadari, mengingatnya, hanya membuat kita terikat kepada sebuah kesedihan..

Menyimpannya, hanya membuat kita terpaku pada sebuah angan-angan..


Bukan membenci, bukan berputus asa..

Cuma sedar, ada setengah perkara, yang memang bukan hak
kita..
Dan kita harus mengikhlaskannya..

Monday 17 September 2012

"kisah wang kertas RM1 dan RM100"



Wang kertas RM1 dan RM100 kini diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar dalam kalangan masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

renung-renungkan..


"Peringatan diri.."


Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Belajar merupakan satu jihad di jalan Allah. Mengajar merupakan suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah! ..Jadi belajar dan mengajarlah dengan penuh keikhlasan padaNYA..

Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah..


Lihat diri kita..kemudian lihatlah dirinya,adakah kita masih tidak sempurna??..adakah kita lebih susah darinya??..berterima kasihlah pada Allah,jika disuruh kita menghitung setiap nikmat Allah..pastinya tidak dapat kita menghitungnya..SYUKRAN YA ALLAH..:-)
Sabda Rasullullah s.a.w:
" Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah.." (Bukhari Muslim)..

Wednesday 22 August 2012

"i'm waiting 4 u till jannah"


Menanti itu bukanlah satu penyiksaan..
Menanti itu juga bukan satu beban..
Jika kita menantinya dengan ikhlas..
Sesungguhnya ALLAH sengaja menguji kita
dengan melambatkan sesuatu yang kita
dambakan..
Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu
yang lebih baik untuk kita yang sedang
menanti..
Menantilah dengan penuh kesabaran..
Menantilah dengan penuh keimanan..
Kerana InsyaAllah ,
Akhir dari penantian itu adalah
kebahagiaan..
Jangan pernah berhenti berdo’a dan
meminta..
kerana ALLAH lah yang Maha Memberi..
Tetaplah menanti dengan sabar
jawaban_NYA..
Kerana janji ALLAH itu BENAR. .
Mencintai seseorang itu hak kita, 
namun memiliki seseorang yang kita cintai
tanpa ikatan rasmi bukan hak kita..
jangan pernah takut melepaskan sesuatu 

yang belum berhak kita miliki,


kerana dia pasti akan kembali
jika Allah jadikan ia utk kau miliki..
atau Allah akan mengganti dengan jauh yang lebih baik dari sekarang.


oleh itu...jgn pernah takut kehilangan
sesuatu yang bukan menjadi hak kita ♥ ♥

"segala sesuatu itu milik Allah"

Ketika kamu menangis dipermainkan perasaan sedarkah kamu yang hamba ALLAH yang kamu cintai itu milik ALLAH?
Dikaka itu kamu terus menangis sedarkah kamu dia tetap milik ALLAH?
Dan disaat kau merindu tanpa berbalasnya perasaan rindu pada k
amu sedarkah dia masih milik ALLAH?
Walau kamu memuja dan mencintai seseorang itu setinggi langit dia memang selalu Milik ALLAH , ALLAH memberi kamu pilihan yang salah untuk kamu ingat dia itu milik-NYA , ALLAH bolak balikkan hatinya kerna ALLAH tidak mahu kamu mencintai hamba-NYA lebih dari diri-NYA , ALLAH sedang aturkan satu cereka hidup yang menarik sedang kamu masih terhanyut dengan perasaan sedih..sedang kamu sedih ketahuilah , Yang ada seseorang sedang menunngumu dia telah tercipta buat kamu sejak azali lagi , insya-ALLAH ada jodoh tidak kemana ♥ ♥

Monday 4 June 2012

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat 49:12]

"hati itu perlukan penjagaan'



♥ ♥ terkadang kita perlu simpan hati kita ♥ ♥ kerana apa kita perlu simpan??kita perlu jaga ,
 kita perlu pelihara ,agar tidak disakiti,,agar tidak dilukai...

kerana apa??kerana cinta itu buta,,,dan cinta yang buta tidak kenal erti apa,,, 

bagaimana dan siapa...♥ ♥peliharanya,,jangan sampai tersalah memberi, pada insan xtahu menghargai

jangan sampai hati dan jiwa disakiti kerna sekali disakiti,,,,
sampai bila-bila pun ia tetap membekas dihati.... ♥ ♥

Sunday 27 May 2012

"So sooN"


Every time I close my eyes I see you in front of me. I still can hear your voice calling out my name. And I remember all the stories you told me. I miss the time you were around, But I’m so grateful for every moment I spent with you cause I know life won’t last forever. You went so soon, but I have to move on ’cause I know it’s been too long, I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong. I’ll try to take it all, even though it’s so hard. I see you in my dreams but when I wake up you are gone. Night and day, I still feel you are close to me. And I remember you in every prayer that I make. Every single day may you be shaded by His mercy, But life is not the same, and it will never be the same. I’m so thankful for every memory I shared with you. ‘Cause I know this life is not forever. There were days when I had no strength to go on. I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?” But I got through all the pain when I truly accepted. That to God we all belong, and to Him we’ll return, Al Fatihah to my late father, Abdul Wahab bin Hussin. May Allah bless you.

Friday 18 May 2012

"kejahatan itu bukan kebetulan"


kejahatan itu bukan satu kebetulan. ia adalah satu kebiasaan yg terbentuk perlahan-lahan. pertama kali berdosa, hati akan diburu rasa bersalah. jiwa resah kerana diri menentang fitrah. kesalnya bukan main.sesalnya sungguh merimaskan. rasa bersalah itu mmg resah. benarlah seperti yg sering diungkapkan, apabila manusia berdosa, dia bukan sahaja menentang ALLAH tetapi juga menentang diri sendiri.  
     Namun, rasa bersalah itu itu tidak lama. jika dosa yg sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya,,,rasa berdoasa itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya..hati itu telah terbiasa dgn dosa maka rasa bersalah tidak muncul lagi. 
      Justeru wahai hati...berhati-hatilah dgn dosa. jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat,,,tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba2 tetepi ia umpama api dlm sekam yg membara dlm diam. keterlanjuran kali pertama usah disusuli dgn kesengajaan kali kedua. kelak akn menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
       Wahai diri,,,biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yg tidak "menjadi" berbanding larian dosa yg amat laju tanpa henti henti....

"Sedekah yg Hakiki"

Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
pada yang gagah, sihat dan kuat
sumbangkanlah tenaga dan keringat

       pada yang berbakat dan cendikiawan
       murahkanlah dgn khidmat dan pengajaran
      pada yang miskin dan kesempitan
   bersedekahlah dengan senyuman
                                                           
menjadi manusia itu harus pemurah
kerana itulah akhlak Rasulullah
semua kita harus memberi
kerana itulah tradisi Nabi
cara hidup para Rasul
dan di jalan itulah kita menyusul....

Perjalanan ini sggh memenatkn. apa tidaknya, semakin ke hjg jln smkn penat sedangkn beban bertmbh berat. tanggjwb smkn sarat. tp apakah ad pilihan lain selain meneruskn hdp? hidup selagi hidup, jgn mati sebelum mati. hdp tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu kerana stp hari adlh lembaran baru y perlu dilorek dan diukir dgn keindahahn dan keceriaan. hari2 adlh peluang utk mencipta yg lebih baik. hiduplah seperti org yg bersedia utk mati. insyaAllah nanti kita akan terus hidup walaupun sesudah mati. katakan pada diri, hidup bukan sekali, malah ada hidup yang tidak berakhir dengan mati. jika sesekali lengah melangkah, renungilah alam insyaAllah kita akn bljr ttg nikmatnya sebuah kehidupan

Thursday 26 April 2012

"rindu Ayah"


rindu sgt2 ngn arwah ayah bila dgr lagu ni,..moga ayah ditempatkan dalam kalangan org2 yang soleh, doa fatihah tidak pernah putus buat Ayah di sana.. moga rahmat Allah mengiringi setiap langkah jalanan menuju ke syurga.,,puteri ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah di sana.Ayah..ketahuilah puteri ayah ini sangat menyayangimu, mengasihimu setulusnya, menjunjung segala jasa, mengagumi segala perngorbanan Ayah
yang tercurah tiap detik dan masa,,Terima kasihku takkan mampu membalas selaut pengorbananmu,, namun hasrat di hati yang paling satu adalah untuk bertemu Ayah dan Ma di syurga nanti...Ameen

Wednesday 25 April 2012

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Tuesday 24 April 2012

"renung2kan lah sejenak"


~>> kita kerap berlari mengejar sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan perhatian kepada kita..mengapa kita tidak berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada seseorang sedang mengejar kita juga? Ya Allah..aku tidak bersedih sekiranya kehilangan insan yang aku cintai, tetapi aku pasti bersedih kerana kehilangan insan yang menyayangi diriku sepenuh hati kerana aku tidak pernah menghargainya..♥♥

Monday 23 April 2012

"menangislah"


Ketika engkau merasa sakit yang menusuk hingga ke hatimu sehingga air matamu tidak mampu untuk kau bendung. Maka, menangislah... Biarlah sakit itu menjadi penawar akan dosa-dosamu. Menangislah memohon ampun pada Nya karena mungkin selama ini engkau jauh dari Nya. Jika engkau disakiti oleh seseorang...Maka ikhlaskanlah, meskipun sulit tapi engkau pasti boleh melakukannya...InsyaAllah

"muhasabah sblm tido"


saya selalu bertanya dan saya suka untuk bertanya pada diri, pada hati, pada jiwa..Yang jawapannya tidak tertulis di mana-mana.. Hanya pada jiwa yang jujur pada hatinya….dan terus bertanya lagi, Adakah aku sudah cukup baik pada semua??Ya Tuhan! Berikanlah daku keampunan jika hadir aku di dunia ini cukup berdosa….

"kebahagiaan itu adalah dgn memiliki hati y tenang"


Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim). Rasulullah S.A.W bersabda lagi: “ Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati” Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada..

"utk renungan bersama"


Siapakah yang paling KUAT dan TABAH?=> Itulah dia, insan yang memiliki HATI YANG IKHLAS..

Mahu tahu KENAPA?✿~ Apabila dia ditimpa musibah, dia ikhlas dengan apa yang berlaku..

✿~ Apabila dia kehilangan sesuatu, dia ikhlas dengan kehilangan itu..

✿~ Ap/s : Insan yang hatinya IKHLAS tidak akan pernah TERKESAN dengan pujian

mahupun kritikan..malah juga BERTAHAN dengan tomahan dan dugaan

kerana dia tahu, dia lakukan semua itu KERANA Allah..
:: Moga hidup kita sentiasa dalam REDHANYA ::

Sunday 22 April 2012

"sharing is caring"

If you want to do something, you will find a way..If you don't , you will find an excuse.Please remember, no matter what you go through in life, somebody else might have it harder, So, just appreciate...^^

"baby n me"


Thursday 19 April 2012

"........)^^

Belajarlah untuk kehilangan dia..andai dia bukan jodoh kamu 
Belajarlah untuk tabah..andai dia pergi dari hidup kamu 
Belajarlah untuk menerima hakikat..yang dia bukan milik kamu 
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia..andai cinta dia bukan untuk kamu 
Jika kamu rasa kecewa,pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir, biarpun berjuta batu menghalang..
Jika kamu rasa sedih..pandanglah ke langit..kamu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. . .


p/s: untuk diri sendiri dan org lain jga:)
Saya bukan manusia yang BAIK, Tapi saya nak jadi BAIK.Saya bukan manusia yang BIJAK, Tapi saya nak jadi BIJAK.

Saya bukan manusia yang SABAR, Tapi saya nak jadi seorang yang SABAR.
Saya bukan manusia yang tak pernah buat kesalahan, Tapi saya nak belajar 
daripada kesilapan.
Sesungguhnya Saya Bukan Manusia yang sempurna 
namun mahu belajar untuk memperbaiki diri


saya pernah "DILUKAI" dan mungkin pernah "MELUKAI" tapi karena itu saya BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..Saya pernah
"DIBOHONGI" dan mungkin pernah "MEMBOHONGI", tapi dari itu saya belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan saya tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin saya tidak pernah belajar
arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF. Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam
hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,.. yaitu
 BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

♥ Hidup adalah proses,

♥ Hidup adalah belajar.
♥ Tanpa ada batas umur,
♥ Tanpa ada kata tua
♥ JATUH, berdiri lagi
♥ KALAH, mencoba lagi
♥ GAGAL, bangkit lagi,
♥ Sampai Allah memanggil:
♥ "Waktunya PULANG"
Wahai kaum adam..tidak usah diharapkan wanita berpurdah, bertudung labuh untuk menjadi isterimu, di matamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela...namun, ambillah wanita yang pada PANDANGANMU BIASA, jadikan mereka wanita yang hebat, sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'SOLEHAHNYA'.. Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH.. "Bila dia praktik agama dengan baik, maka diri akan rasa TENANG bila melihatnya.."