"Cahaya Hati"

Monday 22 October 2012

"Ayah anugerah terindah"


Saat hati dan jiwa dipagut kesedihan
Kelopak tidak mampu lagi membendung air mata
perasaan sayu dan pilu saling mencengkam jiwa
Sedar tidak sedar, hari ini genap setahun ayah pergi menemui-Nya
22 0ktober 2011 akan sentiasa tersemat di jiwa
Saat di mana ayah pergi meninggalkan kami semua
Lalu kau titipkan kami pada ibu
Tempat kami mencurah segala rindu
Kini hanya doa yg mampu sampai ke tempat terindahmu
Semoga Allah membahagiakan ayah di sana
Tidak ku duga sepantas itu Ayah dijemput-Nya
Saat itu hati kecilku mempersoal, mengapa secepat itu masanya tiba
Namun hatiku lantas beristighfar
Usah dipersoal percaturan Tuhan, kerana Dia lah yang maha merancang
inilah takdir Yang Maha Esa
Ku sedar bahawa Allah pernah meminjamkan ayah buatku seketika
Dan kini Dia telah mengambilnya semula
Ikhlaskanlah wahai hati untuk melepaskannya
walau kadangkala ku menangis melihat keluarga lain berkumpul bersama
Mengadu pada ayah tercinta berbagi suka dan duka
Ayah...rinduku padamu tak mampu terluah oleh kata-kata
Betapa anakmu ini menahan rasa
Ayah..kau insan terindah  yang Allah pinjamkan buatku
Aku begitu bangga menjadi anakmu
Segunung permata pun tidak setanding pengorbananmu
Betapa jasa ayah tak terbalas olehku
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu
Moga Allah sentiasa melindungimu
Seperti mana kau melindungi kami semua ketika hayatmu
Moga Allah menempatkan ayah disisi orang-orang yang diredhai-Nya
Doaku tidak pernah putus buatmu
Moga kita dipertemukan di syurga nanti..InsyaAllah

bahtera arked: 8:10 pm





No comments:

Post a Comment