"Cahaya Hati"

Sunday 6 April 2014

'Cerita Cinta Ahmad Ammar'




Masa pantas berlalu, sekian lama blog ini tidak dijenguk. Kekangan masa serta kesibukan sebagai pelajar telah menyebabkan blog ini kian dilupakan oleh pemiliknya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman mengenai sebuah buku yang telah saya baca dan saya anggap sangat memberi inspirasi kepada jiwa dan hati yang membacanya. 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' sebuah buku yang mengisahkan perjalanan anak muda yang telah syahid ketika menuntut ilmu di bumi Turki. Pertama kali mata ini menatap bait-bait tulisannya, air mata tidak henti-henti menitis. Sungguh... ianya benar-benar terkesan di hati ini. Perwatakan remaja ini telah berjaya membuka hati pembaca memuhasabah dan merenung diri sendiri. Diri ini terasa begitu kerdil Ya Allah. Kecekalan hati dan semangat yang ditunjukkan oleh Ahmad Ammar dalam menuntut ilmu sehingga syahid di bumi Turki pada usia yang masih muda iaitu 20 tahun ini menggambarkan betapa pengakhiran hidup yang begitu mulia dianugerahkan oleh Allah kepadanya walaupun selepas kematiannya. Istimewanya Ammar ini, apabila beliau telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn yang mana ia menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Hal ini menyedarkan saya betapa Allah mengangkat darjat seseorang yang berjihad dan mengembara menuntut ilmu itu di tempat yang begitu mulia di sisi-Nya. Maka berbahagialah insan yang bernama ibu bapa dikurniakan seorang anak yang begitu baik tingkah laku dan perwatakannya ini. Semoga melalui penerbitan buku tentang perjalanan hidup arwah Ammar ini mampu memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada semua pembaca dalam membentuk keperibadian yang mulia dan tingkah laku yang baik serta terpuji. Amin..

Monday 22 October 2012


Untuknya Yang Ku Kasihi,Ayah..Biarpun waktu Memisahkan kita,namun aku cukup bahagia Melihat dan mengantar Kepembaringan terakhirmu..Ayah,, Kini anakmu tlah dewasa sudah mampu berdiri diatas kakinya Sendiri..Semoga ALLAH menempatkan Ayah ditempat yang mulia,semulianya tempat disisi-Nya..Amin..

"Ayah anugerah terindah"


Saat hati dan jiwa dipagut kesedihan
Kelopak tidak mampu lagi membendung air mata
perasaan sayu dan pilu saling mencengkam jiwa
Sedar tidak sedar, hari ini genap setahun ayah pergi menemui-Nya
22 0ktober 2011 akan sentiasa tersemat di jiwa
Saat di mana ayah pergi meninggalkan kami semua
Lalu kau titipkan kami pada ibu
Tempat kami mencurah segala rindu
Kini hanya doa yg mampu sampai ke tempat terindahmu
Semoga Allah membahagiakan ayah di sana
Tidak ku duga sepantas itu Ayah dijemput-Nya
Saat itu hati kecilku mempersoal, mengapa secepat itu masanya tiba
Namun hatiku lantas beristighfar
Usah dipersoal percaturan Tuhan, kerana Dia lah yang maha merancang
inilah takdir Yang Maha Esa
Ku sedar bahawa Allah pernah meminjamkan ayah buatku seketika
Dan kini Dia telah mengambilnya semula
Ikhlaskanlah wahai hati untuk melepaskannya
walau kadangkala ku menangis melihat keluarga lain berkumpul bersama
Mengadu pada ayah tercinta berbagi suka dan duka
Ayah...rinduku padamu tak mampu terluah oleh kata-kata
Betapa anakmu ini menahan rasa
Ayah..kau insan terindah  yang Allah pinjamkan buatku
Aku begitu bangga menjadi anakmu
Segunung permata pun tidak setanding pengorbananmu
Betapa jasa ayah tak terbalas olehku
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu
Moga Allah sentiasa melindungimu
Seperti mana kau melindungi kami semua ketika hayatmu
Moga Allah menempatkan ayah disisi orang-orang yang diredhai-Nya
Doaku tidak pernah putus buatmu
Moga kita dipertemukan di syurga nanti..InsyaAllah

bahtera arked: 8:10 pm





Friday 19 October 2012

Doaku


 lebih kurang seminggu lg kita bakal menyambut aidil adha..lantas teringat kisah Si ayah yang melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah. Si ibu tegar menyeka air mata semata-mata rindu kepada cinta Allah. Dan si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha Allah.nilah bukti keimanan Ibrahim AS dan ketaqwaan Ismail AS. Tidaklah dia memilih apa yang dia kehendaki. Tetapi dia memilih apa yang Allah SWT kehendaki. Tidak dia taati hawa nafsunya. Tetapi yang dia taati adalah perintah Allah SWT.

Semuanya dilakukan kerana keimanan, ketaqwaan dan keredhaan Allah..Ya Allah alangkah sucinya pengorbanan itu..jika Ayah masih ada, pasti aidil adha ini lebih bermakna,terimbau kembali saat ayah masih disisi.Ya Allah, alangkah indahnya waktu itu. ingin ku putar waktu agar aku dapat kembali seperti dulu saat ayah masih di situ. Ayah, engkaulah insan terindah yang Allah kirimkan buatku..Betapa bertuahnya aku saat memiliki ayah sepertimu. pengorbananmu terlalu besar buatku. Insan yang banyak memerah keringat, menabur budi serta pengorbanan saatku kecil hingga menginjak dewasa. Sungguh...jasamu takkan mampu terbalas olehku. Kini kau titipkan aku kepada ibu yang menjadi tempatku mencurah kasih..ibu, kini..dialah ibu dan ayahku...Ibu, ku tahu semangatmu hilang saat pemergian ayah..tanggungjawab yang dahulunya digalas ayah kini berpindah ke bahumu, ku lihat betapa pilunya hatimu saat pemergian suami tercinta. mulai detik itu, ku kuatkan azam, akn menjadi tabah dan kuat untukmu ibu..aku ku bahagiakanmu.. Ya Allah Engkau panjangkanlah usia Ibuku, kerana akan hilanglah satu keberkatan dan satu doa yang mustajab bila matinya kedua ibu bapa. maka Engkau panjangkanlah usia Ibuku supaya masih ada lagi doa-doa yang mustajab untuk kami. Ya Allah, ku mohon padamu, kau tempatkanlah arwah ayah di tempat org2 yang diredhai oleh-Mu.Tunggu aku ayah..bila sampai waktunya, aku pasti akan menyusulmu..

nukilan~puterimu yg terlalu rindu,

             bahtera arked,4:57a.m

Thursday 18 October 2012




Masih segar goresan luka kepergianmu
Masih membayang kenangan indah masa lalumu
Kini semua benar2 telah berlalu
Sedih ini bercampur pilu
Tangis ini bercampur rindu
Sesungguhnya aku …….
masih butuh kasih sayangmu
masih ingin dipelukanmu
namun,,,apalah dayaku
kini ku hanya bisa memandang nisanmu
mengenang jasa dan kebaikanmu
menuruti semua nasihatmu
ayah
Doa ku ini mengiringi perjalananmu
Semoga Tuhan mengampuni dosa2mu
Semoga Tuhan menerima amal ibadahmu
Dan semoga tempat yang layak ditujukan untumu
Aku,,, slalu menyayangimu

 

Tuesday 9 October 2012

"sekitar seminar dakwah nasional 9 oktober 2012"

Dalam meniti isu murtad, ada beberapa perkara yang harus dilihat oleh umat Islam. Pertama, masih ada orang Islam sendiri yang ‘bergolak akidah’ mahu mencari Tuhan sedangkan kebenaran mengenai -"Allah itu satu" - telah terang lagi nyata. Kedua, seseorang Muslim tidak membantu saudaranya yang ‘bergolak akidah’ itu dalam usaha mencari Allah. Ketiga, seseorang Muslim itu malas berdakwah kepada saudaranya yang sudah sedia Muslim untuk memantapkan akidahnya. Itu adalah beberapa perkara yang biasa didengar.
Perkara utama ialah usaha kita harus fokus kepada mereka yang sedang mencari Tuhan, tidak kira sama ada orang Islam sendiri yang mahu mencari Tuhan atau orang bukan Islam yang mahu mencari Tuhan bagi menemui kebenaran mutlak. Pokoknya ialah ada orang yang mencari Tuhan dan bantulah orang-orang itu mencari Tuhan. Jika tidak dibantu, maka akan ada orang lain yang akan membantu memperkenalkan tuhan versi mereka kepada orang-orang itu. Orang-orang itu mahu mencari Tuhan yang sebenar kerana hati mereka berbisik kepada diri mereka untuk hidup dalam kebenaran. Berilah kelegaan spiritual kepada mereka. Jangan disia-siakan niat hati mereka untuk mencari kebenaran, sebaik-baiknya ialah membantu mereka berjalan ke arah kebenaran yang sebenar-benarnya. Bantulah mereka melihat kebenaran dengan membantu mereka berfikir mengenai keterangan-keterangan dalam al-Quran. Masih terngiang ngiang lagi di benak saya kata-kata yang dipetik oleh salah seorang pembentang kerja seminar dakwah islamiah yg sy hadiri di PWTC pd hari ini, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan".

Wednesday 3 October 2012

"my precious friend,you are MY ShAdow"





Dia sahabat saya...seorang yg baik, peramah dan penyabar orangnya. Juga merangkap roomate, coursemate dan countrymate saya. Nor Aliya Abdull Razak..indah sungguh namanya seindah dan secantik orgnya juga...Sahabat pertama yang saya kenal saat kaki melangkah ke menara gading pada tanggal 4 Julai 2010. Masih terngiang lagi pesanan ibunya tika berangkat pulang setelah sesi pendaftaran,"kamu berdua kawan elok2 ye". Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun ketiga kami di sini, dan syukur...kami tetap dua sahabat yang akrab, di mana-mana pasti bersama,susah senang awak pasti ada..dia adalah sahabat terbaik yang Allah kirimkan buat saya. Terima kasih kerana kamu selalu ada saat suka mahupun duka. moga persahabatan kita akan sentiasa kekal erat selamanya. Hidup manusia memerlukan sahabat. Pada saya, saya amat memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.Senyumannya, tawanya, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-katanya yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya. Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca. Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT. Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah. Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat. ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”

 CariLah SAHABAT yang dapat menunjukkanmu jalan menuju SYURGA....

★ jadiLah SAHABAT yang hadirnya dinantikan dan kepergiannya menimbulkan kerinduan

☆ SAHABAT yang berIMAN ibarat MENTARI yang menyinari..

☆ SAHABAT yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan..


  ☆ SAHABAT SEJATI pendOrong Impian....

☆ dan SAHABAT yg berhati MULIA membawa kita kejaLan ALLAH....


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.


Kadangkala pernah juga kita berselisih faham, kadangkala ada juga diam seribu bahasa, senyap tanpa kata.. bila timbul situasi begitu, mula lah perasaan tidak enak bertandang di hati saya..salah apekah yg saya buat kali ini,huhu..tapi ble awk bgthu yg sy bukan puncanya, baru la terasa lapang dada. maklum saja kita hanya insan biasa, pasti saja ada sekali sekala terlanjur kata yang mengguris perasaan sahabat saya,, by the way,,maafkan saya sahabat, jika hadirku pernah mengguris hatimu.huhuhu.. Namun, saya percaya kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerana jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan..
Saya, tidak dapat mengukur keimanan orang lain. Tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat saya. Saya dapat merasakan, ada beberapa orang dalam hidup ini, mereka adalah sahabat terindah saya. Salah seorangnya adalah awak. Berkawan dgn kamu tlh byk mengajar sy cara untuk menghargai org2 disisi. Bak kata awak yg terlalu membekas di hati saya "bendo hok kito arap"..huhu.dari situ baru la sy tahu kwn saya ni berjiwa halus orgnya...sangat mudah tersentuh hatinya. dari situ saya mula belajar untuk tidak mudah memperlekehkan walaupun sekecil mn hal itu..^^..terima kasih sahabat...




Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.
Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.
Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku
sudi menjadi pendengar di sisiku

Terima kasih, sahabat.
Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak..(^__^)




" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,
Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.
KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."