"Cahaya Hati"

Monday 31 October 2011

"Hilangkan Air Mata Dukamu"

janganlah bersedih..
wahai jiwa
sekiranya engkau beriman kpd Allah S.W.T
Percaya kepada ketentuan
qada' dan qadarnya..


janganlah bersedih..
wahai jiwa yang tenang..
kerana bersedih itu
membuatkan dirimu
dinodai syaitan..


janganlah bersedih..
wahai jiwa yang lara..
kerana bersama engkau ialah
Tuhan yg Maha mendengar
rintihan hamba hambanya...

"TiDak aDa Hidup Tanpa Ujian"


“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):
Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.
(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”
Sambungan hadis Baginda SAW:
“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”
Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”
Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”
Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT

Sunday 30 October 2011

"DOaku"


"Ya ALlah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALlah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya".

"Tautan sekeping Hati"



Aku datang kepadamu, ayah..
Semilir di bawah kemboja dan nisanmu
Aku menangis dan berdoa
Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu
Kepergianmu seketika mendewasakan aku
Mengajarkan aku betapa penting arti hidup
Untuk menjadi insan berguna suatu hari nanti

Kepergianmu mengajarku
Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi membesarkan kami
Hingga saat terakhir hayatmu
Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu

Hari ini aku menemuimu, ayah
Lewat sebait puisi untuk mengenangmu
Bila datang saatnya nanti
Puterimu ini akan menuruti jejak langkahmu
Kerana setiap yang hidup itu pasti akan mati
Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa
Semoga Ayah mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya

Ayah,

puteri ayah ini sangat merinduimu....

Muhasabah saat SendiriaN

kadang kadang kita perlu tanya pada diri
apakah sebenar benarnya kita layak mendapatkan
apa yang ada dalam hidup kita sekarang?
adakah kita sudah cukup menghargai?
adakah kita cukup bersyukur?
adakah kita sudah cukup menggunakan peluang berkali kali?


kita kerap kali memejamkan mata 
terhadap apa yang kita ada
kerana pada fikir kita
apa yang kita ada itu akan sentiasa ada dalam hidup kita
tapi kita terlupa
bahawa boleh jadi disebabkan diri kita sendiri
semuanya akan hilang dan pergi..

'Saat Hati Berbicara'


Ayah…
Dirimu ibarat awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Ayah….
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Ayah….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Ayah…..
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terima kasih Ayah..
Moga dirimu tenang di alam sana
Doaku semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 y beriman
Alfatihah buat Arwah Ayah,ABDUL WAHAB BIN HUSSIN
Moga rohnya dicucuri rahmat

Saturday 29 October 2011

"Nurkilan Jiwa"

aku belajar menjadi insan yang redha
dalam mengharungi ujian yang tiba
aku cuba menjadi bahagia
walau hati sarat penuh duka
ku pendam jua luka ini
walau berat beban terasa
kerana aku tahu ada cinta-Nya
bersama ujian yang sedang ku rasa
Ya Allah...
ku mohon agar diberi kekuatan
untuk terus menjalani hari-hari mendatang
tanpa insan bergelar ayah


Coretan dari
'Anak Ayah yang Tabah'

Ayah...

Luahan Hati 29.10.2011

Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..ya Tuhanku.. Ampunkanlah dosa dosaku,dosa kedua ibu bapaku,rahmatilah mereka dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku dan memeliharaku sejak ku kecil hingga dewasa…

Buatmu ayahanda tercinta..Salam mesra terindah kukirimkan,Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,.salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,.salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar di wajah suci,salam penghormatan, kasih dan cinta yang tidak pernah pudar dalam setiap musim dan masa…

Ayah… hari ini genap seminggu ayah pergi meninggalkan kami, namun terasa baru semalam ayah berada di samping aku.. menemaniku menunggu bas untuk memulakan semester baru di universiti. sungguh tak ku duga itulah kali terakhir fatihah dpt berjumpa dgn ayah. time 2 fatihah masih ingat lg bas y kite tnggu 2 tiba lewat dua jam..kebanyakan mk ayh  pelajar lain dh beransur pulang, fatihah ckp dgn ayh.yah.. da lwt ni, klau ayh nk balik dlu tkpe la..tp ayah tetap berkeras nk tunggu. ayah ckp mne boleh tinggal ank ayah sorang2 kt c2..tp sume 2 dh jd knangan, ayh dah tinggalkan fatihah buat selama lamanya.. belum sempat lg fatihah nk balas jasa ayah dah pergi dlu..dlu bila ada kwn2 kehilangan ayh tercinta, fatihah selalu je terpikir macam mana kalau benda 2 berlaku kt fatihah sendiri? tak habis pkir rsenya mcm mn khdpn tanpa ayh kt sisi. Tp bila kejadian tu berlaku kat diri fatihah sendiri barulah fatihah rse betapa peritnya kehilangan seorang insan bergelar ayah.

22.10.2011/12.40pm
fatihah bergegas msuk ke bilik ICU bila dpt panggilan yang ayh tgh tenat. terase laju je air mata ni bile tgk tubuh ayh terbaring kaku kt ats katil besi 2. bile fatihah tgk sekeliling sume adik beradik sdg mengerumi ayh..ma,abang,kakak ngn adik sume dh ade.fatihah je anak ayah yang paling lewat datang tgk ayh. mse 2 fatihah tgk tubuh ayah kaku je. kat penjuru katil 2 fatihah alunkan kalimah Allah kt telinga ayah.ayah  dengar tak mase fatihah baca yasin kt sebelah ayah? walaupun ayh xsdr tp fatihah harap ayah boleh dgr suara puteri ayah ni..dalam keadaan teresak2 fatihah gagahkan juga habiskan bacaan yasiin buat ayah..tapi belum je habis bacaan kedua yasiin tu fatihah tgk angka peratus mesin hayat ayah da smkin trun..kemudian doktor datang.mse tu jam menunjukkan pkul 1.05 pm.doktor cakap ayh dh tkde..fatihah nges teresak2 mcm ank kecil kt sblh ayah..fatihah tny ma betul ke ayh dah tkde?fatihah tgk dada ayah bergerak naek trun  lg mse 2..kt sblh penjuru katil 2 juga fatihah tgk wajah sebak ma mengiringi pemergian ayah.ma ckp ayh da tkde,y fatihah tgk 2 cme effect dr mesin jangka hyt ayh je. mse 2 fatihah rse mcm satu bnda berat hempap dada ni. sakit n pedih sgt hati ni waktu tu hanya Allah yang tahu. terkilan sgt sbb xdpt berada kt samping ayh mse ayah tak sedarkan diri selama 2hari kt hospital.sblum nurse tutup muka ayah fatihah tgk ayah seakan tersenyum pd kami semua. mudah-mudahan arwah ayah pergi dengan tenang.

Ayah..anakmu ini tak pernah melupakan segala pengorbanan yang telah ayah berikan kepada kami… Walaupun ayah tiada disisi lagi kini, namun ayah sentiasa ada dihati ini… Sama-sekali tidak akan pernah aku melupakannya…doaku memohon kepada Allah yg maha Berkuasa agar memberi kesejahteraan , keampunan dan ketenangan untuk arwah ayah di sana… Semoga Allah menempatkan ayah bersama org2 yg beriman.. semoga aku mampu menjadi anak yg solehah yang dapat mendoakan ibu bapa ku.. Amin..
Yang benar,
Puteri Ayah yang selalu merinduimu




Monday 17 October 2011

Tuhan MendenGar Hati Kita Menangis





Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima..

BoLehkah Aku KeCewa??


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(Ali Imraan : 139)

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….........(Al-Baqarah : 286)

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)



Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)



Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)



Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)



Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)



Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)

dOA mENGeLaK DARi LUpA


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ
عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا


Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas. Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

BeLajar 'direct' daRi Tarbiah-Nya



Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.
Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.
Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.
Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,
Kadang-kadang, 
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.
DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar ‘direct’ dari tarbiahNYA.

"...SaHabaT.."






bagi saya,sahabat itu ibarat embun pagi tatkala matahari akan menyinari bumi ini. Merasakan ketika kebahagiaan datang menghampirinya, saya juga akan loncat kegirangan. Ketika dia bersedih dan luka, saya mampu mengeluarkan air mata dan merasakan bahawa betapa saya tidak ingin dia tersakiti. Merasakan kehangatan dan kenyamanan ketika bersama saling berbagi cerita. Merasakan bahawa di setiap langkah dia ada dalam ingatan dan selalu ingin menyenangkan hatinya di mana pun dia berada.



FOR MY beloved  FRIEND: aliya senyum...must READ!!
I smile with whom I like…
I cry for whom I care…
I share with whom I really like…
I laugh with whom I enjoy…
I care only to those whom I never want to loose…
(^_^)

Sunday 16 October 2011

Saat KesepiaN

When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your MOM…really misssss her!!!(^_^)

AnDa di Mata OranG Lain


            Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

SyukuRi apa Adanya...



   Suatu hal yang amat penting dalam hidup ini adalah proses berfikir tentang apa yang kita tempuhi sehingga kita   perlu menentukan bahawa kita menerima diri kita seadanya,hingga kita yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah dengan jati diri kita,dan hingga kita tidak mengabaikan setiap kritikan yang mengganggu perasaan,iaitu sepanjang tetap di atas jalan yang benar.Hal yang demikian kerana kebahagiaan itu akan tersisih dengan sendirinya apabila hadirnya keraguan atau perasaan bersalah itu menguasai ruang fikiran kita.


Setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan maka bersyukurlah di atas segala kelebihan yang dikurniakanNya kerana pada hakikatnya itu adalah milikNya cuma pada zahirnya sahaja kelihatan seolah-olah ianya hak kita.  
Dan akuilah segala kekurangan yang terdapat pada diri kita kerana kita kesempurnaan mutlak itu hanya milikNya.
Terimalah dan jadilah diri sendiri kerana Dia telah menjadikan setiap hambaNya mempunyai potensi dan kemampuan masing-masing.Nikmat itu selagi mana disyukuri maka bertambah berkatnya..(^_^)

..BicaRa sEoranG saHabaT..


Mata...
Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
Hingga membuatkan hati sahabatku terasa?
Lidah..
Adakah kau tersalah bicara
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka
hati...
Betulkah kau berburuk sangka?
Sehingga membuat hati sahabatku kecewa
Ku mohon..
Agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
         dan kembali seperti masa masa dulu

'sEkaDar PerkoNgsian'

"Suara Hati"

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

SaaT Hati TeRsentuH Cinta

Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..


Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..


Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih..
Agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu 
dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah kurniakanlah kepada kami
 cinta yang hanya mengharapkan redhaMu


Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, 
tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak 
Andai benar cinta itu kerana Allah,
biarkanlah Allah yang mengatur segalanya 
hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang 
belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik
maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, 
berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga..