"Cahaya Hati"

Sunday 16 October 2011

SyukuRi apa Adanya...



   Suatu hal yang amat penting dalam hidup ini adalah proses berfikir tentang apa yang kita tempuhi sehingga kita   perlu menentukan bahawa kita menerima diri kita seadanya,hingga kita yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah dengan jati diri kita,dan hingga kita tidak mengabaikan setiap kritikan yang mengganggu perasaan,iaitu sepanjang tetap di atas jalan yang benar.Hal yang demikian kerana kebahagiaan itu akan tersisih dengan sendirinya apabila hadirnya keraguan atau perasaan bersalah itu menguasai ruang fikiran kita.


Setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan maka bersyukurlah di atas segala kelebihan yang dikurniakanNya kerana pada hakikatnya itu adalah milikNya cuma pada zahirnya sahaja kelihatan seolah-olah ianya hak kita.  
Dan akuilah segala kekurangan yang terdapat pada diri kita kerana kita kesempurnaan mutlak itu hanya milikNya.
Terimalah dan jadilah diri sendiri kerana Dia telah menjadikan setiap hambaNya mempunyai potensi dan kemampuan masing-masing.Nikmat itu selagi mana disyukuri maka bertambah berkatnya..(^_^)

No comments:

Post a Comment