"Cahaya Hati"

Tuesday 9 October 2012

"sekitar seminar dakwah nasional 9 oktober 2012"

Dalam meniti isu murtad, ada beberapa perkara yang harus dilihat oleh umat Islam. Pertama, masih ada orang Islam sendiri yang ‘bergolak akidah’ mahu mencari Tuhan sedangkan kebenaran mengenai -"Allah itu satu" - telah terang lagi nyata. Kedua, seseorang Muslim tidak membantu saudaranya yang ‘bergolak akidah’ itu dalam usaha mencari Allah. Ketiga, seseorang Muslim itu malas berdakwah kepada saudaranya yang sudah sedia Muslim untuk memantapkan akidahnya. Itu adalah beberapa perkara yang biasa didengar.
Perkara utama ialah usaha kita harus fokus kepada mereka yang sedang mencari Tuhan, tidak kira sama ada orang Islam sendiri yang mahu mencari Tuhan atau orang bukan Islam yang mahu mencari Tuhan bagi menemui kebenaran mutlak. Pokoknya ialah ada orang yang mencari Tuhan dan bantulah orang-orang itu mencari Tuhan. Jika tidak dibantu, maka akan ada orang lain yang akan membantu memperkenalkan tuhan versi mereka kepada orang-orang itu. Orang-orang itu mahu mencari Tuhan yang sebenar kerana hati mereka berbisik kepada diri mereka untuk hidup dalam kebenaran. Berilah kelegaan spiritual kepada mereka. Jangan disia-siakan niat hati mereka untuk mencari kebenaran, sebaik-baiknya ialah membantu mereka berjalan ke arah kebenaran yang sebenar-benarnya. Bantulah mereka melihat kebenaran dengan membantu mereka berfikir mengenai keterangan-keterangan dalam al-Quran. Masih terngiang ngiang lagi di benak saya kata-kata yang dipetik oleh salah seorang pembentang kerja seminar dakwah islamiah yg sy hadiri di PWTC pd hari ini, "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan".

No comments:

Post a Comment