"Cahaya Hati"

Friday 18 May 2012

"Sedekah yg Hakiki"

Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
pada yang gagah, sihat dan kuat
sumbangkanlah tenaga dan keringat

       pada yang berbakat dan cendikiawan
       murahkanlah dgn khidmat dan pengajaran
      pada yang miskin dan kesempitan
   bersedekahlah dengan senyuman
                                                           
menjadi manusia itu harus pemurah
kerana itulah akhlak Rasulullah
semua kita harus memberi
kerana itulah tradisi Nabi
cara hidup para Rasul
dan di jalan itulah kita menyusul....

No comments:

Post a Comment