"Cahaya Hati"

Friday 18 May 2012

"kejahatan itu bukan kebetulan"


kejahatan itu bukan satu kebetulan. ia adalah satu kebiasaan yg terbentuk perlahan-lahan. pertama kali berdosa, hati akan diburu rasa bersalah. jiwa resah kerana diri menentang fitrah. kesalnya bukan main.sesalnya sungguh merimaskan. rasa bersalah itu mmg resah. benarlah seperti yg sering diungkapkan, apabila manusia berdosa, dia bukan sahaja menentang ALLAH tetapi juga menentang diri sendiri.  
     Namun, rasa bersalah itu itu tidak lama. jika dosa yg sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya,,,rasa berdoasa itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya..hati itu telah terbiasa dgn dosa maka rasa bersalah tidak muncul lagi. 
      Justeru wahai hati...berhati-hatilah dgn dosa. jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat,,,tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba2 tetepi ia umpama api dlm sekam yg membara dlm diam. keterlanjuran kali pertama usah disusuli dgn kesengajaan kali kedua. kelak akn menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
       Wahai diri,,,biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yg tidak "menjadi" berbanding larian dosa yg amat laju tanpa henti henti....

No comments:

Post a Comment