"Cahaya Hati"

Saturday 31 December 2011

"azaM taHun baRu"

masa seakan cepat berputar..sekarang dah 1 januari 2012,12.18 a.m..tahun 2011 sudah pun menutup tirai..sekarang ni kita dah pun melangkah ke tahun baru.semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan saya harap azam yang tak terlaksana tahun lepas akan tercapai pada tahun ni.InsyaAllah...erm,,,harapan dan azam saya tuk tahun baru ni saya nak hidup dengan aman damai, minda yang positif, tak mahu hasad dengki dan iri hati wujud lagi dalam diri. Semoga saya jadi semakin kuat, hadapi segala masalah dengan senyuman =) Teringin sangat nak berbaik-baik dengan semua orang. Tak mahu jadi penakut. Akan cuba buang perasaan yang kuat merungut dan berkeluh kesah bila masalah datang. Nak jadi anak yang baik, yang selalu senangkan hati keluarga =) Nak jadi kawan yang baik, yang mana mampu bersama susah dan senang. Kita semua tak sempurna, jadi tak patut kalau kita nak nilai orang sebelum kita nilai diri kita sendiri betul tak? Saya pernah dan selalu buat silap, jadi saya akan cuba buang segala yang negatif tentang diri saya ni walaupun mungkin mengambil masa, tapi pelan-pelan kayuh boleh sampai juga kan? =) Dan hopefully tahun baru  kali ni hidup lebih diberkati. Selamat tahun baru tuk kawan-kawan. Semoga kita sama-sama dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sentiasalah bersyukur di saat kita senang. Beristighfarlah di saat kita rasa kita banyak berdosa. Moga-moga Allah sentiasa di sisi kita hendaknya. Amin.

No comments:

Post a Comment